selama saya hidup, saya sudah berulang kali melihat dan memperhatikan 'teori pesona diri' itu gimana sebenarnya. saya sering bertanya, mengapa ada sebahagian orang yang kita lihat mempersonakan dan ada pula sebahagian orang yang tidak mempersonakan diri mereka? jawapan itu saya cari, dan cari dan cari... akhirnya saya temukan ada 3 faktor. mungkin ada faktor lain, tapi saya lihat faktor ini dominan.. kalau kita ada 3 faktor ini dalam diri, dapat dipastikan anda cukup mempersonakan. faktor tersebut ialah
dalam ebook saya "use you secret power' ada saya jelaskan, fikiran kita mempengaruhi tubuh fizik kita. sekiranya anda beranggapan bahawa diri anda tidak menarik, tubuh anda dan kelakuan anda akan berubah menjadi tidak menarik. cuba anda lihat mereka yang pernah dihipnotis, mereka boleh bertingkah laku seperti penyanyi, haiwan, malah pokok. mind set yang buruk seperti halnya anda hipnotis diri anda sendiri. bezanya, anda sendiri melakukan tanpa anda sedari. bayangkan kalau dalam minda anda, anda membayangkan diri seperti seorang pengemis cinta yang hodoh, tidak layak, needy.. apa yang akan terjadi selepas itu? yap, senang aja.. anda tampil dengan personaliti hodoh walaupun anda hensem, tidak menarik walaupun kenyataannya anda cukup menarik, kelakuan anda seperti orang bodoh (sorry kata-agak kasar) mengharap anda disanjung sedangkan anda sebenarnya disanjung.
hmmm teruk kesannya bukan?.. saya katakan di sini sebab saya juga pernah mengalami kenyataan itu sahabat.
solusinya, ubah mind set anda. fikirkan dan rasakan anda seperti pisang goreng yang masih panas yang begitu diminati. fikirkan dan rasakan anda cukup menarik dan mempersonakan. kuncinya, ubah mind set anda dulu dan fizik dan kelakuan anda akan menyusul menjadi menarik. ingat cerita orang yang kena hipnotis :) .
karakter.
saya lebih suka merujuk perkara ini kepada sikap. kalau kita mempunyai banyak sikap baik, kita akan nampak mempersonakan. siapapun dalam dunia ini kalau bersikap baik, masyarakat akan menyanjungnya kerana tampak kebaikan di wajahnya dan itu menjadi pesona dalam dirinya. hhmm ada satu persoalan, cuba perhatikan wajah orang yang suka buat baik dan wajah orang yang suka buat jahat, ada perbezaan bukan? yah, pesona ada di wajah orang yang suka buat baik.
karakter yang menarik juga satu sebab orang lain nampak anda begitu mempersonakan. cara kita melayan orang, cara kita berkomunikasi, cara kita bersosial yang menarik, adalah satu bentuk karakter yang mampu menampakkan diri anda mempersonakan.
Aura
sepanjang saya hidup, saya telah peruntukkan masa begitu lama dalam menyelidik pesona diri dalam bidang aura. yah, jujurnya kita sering dengar orang berkata artis ini ada aura dan oleh itu dia popular. aura yang terang dan indah menjadikan kita tampak mempersonakan. saya cuba bahas bidang aura ini dalam topik lain, insya allah.
solusi bagi menjadikan aura kita tampak mempersonakan sebenarnya banyak. paling baik adalah melalui mandian. mandian terbaik ialah mandi bunga. oppsss jangan dulu fikir kurafat atau syirik yerr.. bunga memiliki getaran aura yang mampu membuang aura kotor dan seterusnya mengindahkan aura anda.
*tulisan ini berdasarkan pendapat dan pengalaman diri saya sendiri. mohon maaf kalau ada kekurangan. saya cuma berkongsi pengalaman.

No comments:
Post a Comment