Thursday 30 October 2014

masalah program dalam minda bawah sedar anda

Persepsi tentang dunia sekeliling sebenarnya mulai terbentuk sejak anda seorang bayi lagi. Daripada setiap pengalaman hidup, minda bawah sedar anda akan menyerap maklumat tersebut. Jangan hairan apabila ada orang yang menjadi fobia hanya kerana pengalamannya sejak kecil lagi.
Minda bawah sedar tidak menolak apa-apa ketika itu kerana anda masih tidak mempunyai apa-apa kepercayaan yang sudah ada untuk menyangkal apa yang ia rasakan. Ia menerima semua maklumat yang anda terima semasa kanak-kanak anda adalah benar.Anda mungkin dapat melihat mengapa ini menjadi masalah kemudian dalam hidup anda ! Setiap kali seseorang memanggil anda bodoh, tidak bernilai, lambat, malas, atau lebih buruk, minda bawah sedar anda hanya menyimpan maklumat yang lama untuk dijadikan rujukan.
Mungkin ketika ini anda dapat gambarkan dalam minda anda, siapa diri anda sebenar sebelum ini dan kenapa demikian.
Potensi diri kita ataupun kemampuan hidup kita ketika ini berdasarkan kepada kemampuan fizikal, warna kulit, gender, dan status ekonomi.
Sebenarnya, pada masa anda berumur 7 atau 8 tahun, anda sudah mempunyai asas yang kukuh  membina keyakinan berdasarkan semua program dari orang yang berada dalam hidup anda, rancangan televisyen yang anda  lihat , dan faktor persekitaran lain.
Bagaimana program lama dalam minda anda memberi kesan dalam hidup anda sekarang?
Sekarang anda sudah menjadi seorang dewasa,dan anda mungkin berfikir bahawa anda boleh membuang dengan mudah program lama ataupun persepsi lama yang anda serap dalam kehidupan awal anda, tetapi ia tidak cukup semudah itu. 
Ingatlah bahawa semua maklumat ini disimpan di bawah paras kesedaran anda. Satu-satunya masa anda dapat menyedari hal itu adalah ketika ia menghadkan kemajuan anda ketika anda cuba mewujudkan kehidupan yang seimbang, berjaya dan produktif. 
Pernahkah anda cuba untuk mencapai sesuatu matlamat dan tiba-tiba anda mensabotaj diri anda? Ianya menjengkelkan, bukan? Ia adalah penting untuk anda mengetahui samada anda dipengaruhi program salah dalam minda anda kerana setiap kali anda cuba untuk mencapai sesuatu pasti gagal tidak kira apa yang anda lakukan.
Semakin besar anda mengetahui program yang salah dalam minda anda pasti akan ada  konflik dengan program minda yang baru dibuat.