Tuesday, 4 November 2014

Apa itu Aura bahagian 1


W.E Butler, seorang sarjana ahli sinar tubuh mendefinisikan aura sebagai inti sari yang tidak kelihatan atau sebagai aliran yang keluar dari tubuh manusia ataupun haiwan, bahkan dari benda-benda.aura adalah suatu aliran listrik yang hidup secara psikis. Aura merupakan suatu rembesan listrik dari jiwa, yang mengambil dari tubuh dan fikiran. Sebab aura adalah ‘hawa’ di sekitar tubuh manusia, binatang atau benda-benda.
Williem Hogendoom mendifinisikan aura sebagai bentuk sinar yang mengelilingi tubuh manusia, haiwan, tanaman tetapi juga ditemukan pada benda-benda materi mati.
Seorang ahli terapi warna yang bernama Erwin berpendapat bahawa aura adalah sinar kehidupan yang melingkupi tubuh pada setiap manusia. Aura akan mempengaruhi kondisi fizik tubuh manusia. Dalam diri manusia terdapat berbagai warna dan kombinasinya, dan warna-warna tersebut mempunyai makna dan erti aura saling bekerjasama untuk keseimbangan dan kesihatan manusia.
Dari tiga pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan definisi aura adalah suatu medan magnet elektromagnetik yang mengelilingi tubuh makhluk hidup ( manusia, binatang, tumbuhan, dan materi benda mati ). Aura mempunyai bermacam-macam warna dan antara warna-warna tersebut dapat saling bekerjasama dalam upaya keseimbangan dan kesihatan, khususnya pada tubuh manusia.
Aura di sekitar tubuh berlapis-lapis namun tidak memiliki batas yang jelas antara satu lapis dengan lapis yang lain. Bentuk dan keadaan aura mirip seperti sinar pelangi.
Pada tubuh manusia, pancaran warna-warni aura dapat mengungkapkan keadaan fizik dan psikologi seseorang. Warna-warni aua seseorang sangat spesifik dan uniki. Aura seseorang akan berubah mengikut kondisi dan keadaan fizik dan mentalnya. Aura dapat menunjukkan sesorang itu dalam keadaan sakit ataupun sihat.
Pancaran aura seseorang mempunyai hubungan erat dengan pusat-pusat energi (cakra), prana atau tenaga dalam. Seseorang yang mempunyai kekuatan batin tinggi akan memiliki aura yang kuat. Orang yang sedang sakit pula akan lemah dan redup auranya.
Orang yang sedang gembira, auranya berwarna kuning atau merah muda kerana dua warna tersebut adalah lambang keceriaan.
Kita dapat gambarkan aura tubuh manusia seperti atmosfera bagi bumi. Manusia dengan mata telanjang tidak mungkin akan dapat melihat atmosfera yang mengelilingi bumi tetapi kita meyakini di bumi terdapat elektromagnetik di samping ada udara.
Di bumi, kita tidak dapat melihat udara tetapi kita bertahun-tahun menghirupnya. Udara dapat kita rasakan dan kita hirup, namun sampai bila pun kita tidak dapat melihatnya. Itulah kehebatan dan keajaiban alam.
Seorang filosof besar dunia mengatakan bahawa sesungguhnya sesuatu yang dianggap ajaib itu selalu memiliki hukum-hukum tertentu yang selaras dengan hokum yang telah ditetapkan tuhan. Sesuatu itu dianggap ajaib kerana logika manusia belum sanggup menjangkaunya melalui peralatan moden yang ada sekarang.
Menurut Erwin, dalam tubuh yang sihat auranya terdapat kombinasi warna yang bermacam-macam seperti pelangi  yaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu. Hijau adalah warna neutral; merah, jingga dan kuning adalah warna panas; biru, nila dan ungu adalah warna dingin. Selain warna tersebut juga terdapat warna lain iaitu warna ultra ungu dan warna infra merah. Dua warna ini praktis tidak dapat dilihat dengan mata biasa.
Beberapa penyembuh menggunakan terapi warna untuk tujuan menyeimbangkan warna-warna aura pada tubuh seseorang. Sebagai contohnya, pada tubuh auranya berwarna merah bererti kondisi tubuhnya tidak seimbang. Dalam keadaan tersebut, sang perawat akan cuba menyeimbangkan dengan warna lain.
Tubuh makhluk hidup terdiri daripada ‘badan kasar’ dan ‘badan halus’ yang mengandungi unsur energy iaitu energi listrik, gerak, panas, kimia dan unsur energi elektromagnetik.
Empat unsur (listrik, gerak, panas, kimia) berada di badan kasar, dan satu energi (elektromagnetik) berada di badan halus. Energy yang berada di badan halus tersebut mempunyai frekuensi gelombang di bawah frekuensi gelombang warna merah, dan dikenal dengan sebutan Far Infare Drave (FIR). Panjang gelombangnya adalah 6 -14 mikron. Energy ini mengandungi gelombang-gelombang biogenetic atau sinar-sinar hidup (di badan halus ) yang bergerak-gerak sepanjang masa dalam tubuh makhluk hidup. Biogenetic tersebut terkenal dengan sebutan Chi (cina) dan prana (menurut orang india), atau tenaga dalam ( menurut bangsa melayu ). Tenaga dalam di masa lampau, mungkin disebut dengan “energi batin” ataupun “tenaga batin”.
Sebenarnya istilah atau nama-nama tadi adalah sama sahaja. Kerana semua yang dimaksudkan adalah energi biogenetic ( energi-energi hidup ). Energi itulah yang bersemayam dalam tubuh halus makhluk hidup, khususnya manusia. Dan pada hakikatnya keajaiban-keajaiban yang sering dittimbulkan oleh kekuatan manusia, kita boleh katakan kesan nyata dari system pengolahan energy biogenetic ini.
( Master Tenaga Dalam Tajul Sulaiman )

No comments:

Post a Comment