Thursday 21 November 2013

Ubat penyakit Meroyan

Ubat Penyakit Meroyan ini diambil daripada kitab tib ubat karangan Muhammad Salleh ibni Ahmad Penambang..
Fasal ini pada menyatakan ubat meroyan, yakni penya­kit yang biasanya menjadi hidapan perempuan selepas be­ranak. Adapun meroyan itu ada enam jenisnya; Pertama me­royan darah; kedua meroyan besar, ketiga meroyan gila; ke­empat meroyan sesak; kelima merayan angin dan yang ke­enam meroyan tahi namanya. Maka hendaklah dikenali satu­satunya itu baik-baik.
Bab ubat meroyan. Ambil daun nyarang, kembas dan mayang pinang yang muda; sekaliannya itu ramas, ambil airnya, bubuh ke dalam buyung tujuh biji. Kemudian bubuh tanah kira-kira sebesar jari manis, bubuhkan ke dalam buyung itu semuanya. Apabila malam jagai baik-baik. Pagi-pagi mandikan. Demikian perbuat barang tiga hari atau tujuh hari.
Bab ubat meroyan. Ambil daun bermi, ujung melukut, dan mata kunyit; pipis, tempelkan pada perutnya.
Bab ubat meroyan. Ambil akar betung dan buah pala diasah. Kemudian bakar sebatang besi, bila sudah merah, cucuhkan ke dalam ubat itu, beri minum.
Bab ubat meroyan. Ambil temu serba temu, daun gorek, jintan kedua, dan bonglai sedikit; giling lumat-lumat, suruh telan.
Bab ubat meroyan. Ambil kulit mengkudu dan daunnya, kulit melada dan daunnya, akar gandarusa dan daunnya, cekur dan jerangau; sekalian ramuan ubat itu pipis, kemu­dian semburkanBab ubat meroyan seluruh tubuh. Ambil akar remung­gai, biji sesawi dan bawang putih, pipis, akan airnya cuka masam; lumurkan di serata tubuhnya.
Bab ubat meroyan, Ambil daun dedap segenggam erat, dan daun cekur segenggam erat; ikat dengan benang panca warna. Kemudian rebus, mandikan.
Bab ubat meroyan. Ambil limau mata kerbau yang masak; ramas, ambil airnya. Kemudian bubuh minyak lenga dan sambar dara; tumbuk ambil airnya, campurkan dengan air limau itu, beri minum.
Bab ubat meroyan, Ambil ubi bira.-h; asah. Kemudian jaramkan di serata tubuhnya.
Bab ubat meroyan besar. Ambil daun keluduk gajah se­genggam erat, ujung melukut dan mata kunyit, pipis lumat­lumat. Kemudian keringkan airnya itu. Ambil hampasnya, bedakkan di serata tubuhnya.
Bab ubat me royan jerih. Ambil daun benalu gajah; sem­burkan dengan sirih pinang pada ulu hatinya dan bubuhkan juga jintan hitam.
Bab ubat meroyan yang bergumpal di dalam perutnya. Ambil daun menjarum putih, akar tapak leman, dan akar pekan taruk hitam; pipis lumat-lumat, beri minum.
Bab ubat meroyan yang bergumpal di dalam perutnya. Ambil daun menjarum putih, akar tapak leman, akar pekan yang hitam taruknya, bonglai, cekur, ibu kunyit, ganti, me sui, bawang merah, jintan hitam; sekaliannya itu tanak, beri minum airnya.
Bab ubat me royan darah. Ambil cendana dikikir, dan halia direndang; campurkan dengan madu, beri makan.
Bab ubat meroyan gatal. Ambil daun benalu besar, ujung melukut, mata kunyit; giling lumat-lumat, bedakkan di serata tubuhnya.
Bab ubat meroyan gatal mata. Ambil pucuk m anj a­laka dan garam jantan, diwapkan pada periuk nasi. Kemu­dian embunkan; perahkan pada mata itu.
Bab ubat meroyan sakit mata. Ambil kulit manjalaka dan ibu kunyit di bembam, titikkan airnya di mata itu.
Bab ubat meroyan yang menyenak. Ambil daun pedendang, daun bunga raya, dan jintan hitam; giling lumat-lumat, beri minum.
Bab ubat serba atau apa jua jenis meroyan. Ambil jeranggau, bawang merah, hempedu landak dan mata kunyit; pipis lumat-lumat, bubuh air bermalam, beri minum, mana lebihnya sapukan pada perutnya.
Bab ubat meroyan dahaga air. Ambil daun rokam yang putih pucuknya, ujung melukut dan mata kunyit; giling lumat-lumat, ramas dengan nyiur lemba, beri minum.
Bab ubat meroyan dahaga air. Ambil daun pedendang segenggam erat, bahagi dua Setengah bahagian itu giling dengan ujung melukut dan pucuk tampam, beri minum.
Bab ubat meroyan menyesak ke hati. Ambil kulit dedap, biji sesawi, cekur, rebung buluh aur, pipis. Kemu­dian dilempeng kira-kira sebesar bata. Sudah itu, belah dua; bahagian sebelah kirinya buangkan. Ambil bahagian yang disebelah kanannya, hangatkan pada tembikar. Setelah hangat, tempelkan pada ari-arinya
Bab ubat meroyan berbutir bengkak. Ambil daun badam, daun cengkering, daun timbun tahi dan bonglai, mamah dan semburkan.
Bab ubat meroyan bengkak. Ambil putik limau purut sembilan biji, beras dan bonglai; giling bedakkan.
Bab ubat bengkak meroyan. Ambil daun lenggundi dan daun tetulang; tumbuk, ambil patinya, beri minum; hampas­nya bedakkan.
Bab ubat meroyan batu yang rengat peranakan. Ambil terung perat dan halia; tumbuk ambil patinya, beri minum; hampasnya bedakkan.
Bab ubat meroyan batu. Ambil daun rokam gajah, daun pekan yang hitam dan cabai; sekalian itu giling lumat-lumat, ambil patinya beri minum; hampasnya bedakkan pada perut­nya
Bab ubat meroyan batu. Ambil daun bunga raya putih, taruk gandasuli, bawang merah dan airnya cuka; pipis se­kaliannya Kemudian pais dan telan.
Bab ubat me royan angin. Ambil daun pekan yang hitam taruknya segenggam erat, bubuh beras kunyit dan jintan hitam; giling lumat-lumat, kemudian perah, ambil airnya, minum tiga pagi; hampasnya bedakkan.
 Bab ubat meroyan angin. Ambil daun cengkian, bonglai, lada dan kapur batu; sekalian itu giling lumat-lumat, tempel­kan pada tapak kakinya. Kemudian tuam dengan tungku hangat barang tiga malam.


ubat sawan babi

Ubat sawan babi ini diperolehi daripada "kitab Tib ubat" karangan Muhammad Salleh ibni Ahmad Penambang, terbitan dewan bahasa dan pustaka.
Fasal ini pada menyatakan penyakit "saban" atau sawan. Sebermula sawan itu adakalanya pada orang dewasa dan adakalanya pada budak. Tandanya berbuih mulutnya dan terketar-ketar; datangnya pada ketika hujan, atau sejuk oleh angin. Adapun datangnya penyakit itu daripada tapak kaki seperti melata, lalu kekepala. Apabila sampai ke otak jadi rebah. Ia dinamai penyakit "sawan babi" atau "gila babi". Akan ubatnya, hendaklah kita kurung dia didalam rumah yang tiada masuk angin ke dalamnya. Maka sekalian tubuhnya itu digosok dengan kunyit dan minyak lenga. Beri dia makan benda-benda yang lemak manis, yang hangat pe­rangainya, serta nasi dan kuning telur ayam, atau daging kam­bing dan biri-biri, atau minyak sapi, madu dan sakar.
Bab ubat penyakit "saban" atau "sawan". Ambil lintah seekor, maka asakkan lada sulah tujuh biji ke dalam mulut­nya; kemudian gantung pada para api selama empat puluh hari. Setelah sudah kering, maka diperabat. Tatkala datang penyakit itu. asah pada batu canai dan bubuh ke dalam hi­dung orang sakit itu tiga titik.

Bab ubat "saban;' yang menjadikan pengsan terhantar, tiada bergerak dan tiada berkata-kata seperti orang mati. Maka sebab demikian, daripada perangainya berat yang sejuk, atau sebab makanan yang sejuk perangainya, atau sebab ter­kejut dan gentar. Akan ubatnya, ambil minyak lenga di­masak dengan bawang putih dan mestaki; maka gosokkan sungguh-sungguh, basuh kedua belah tangannya, perutnya, tapak kakinya, dan dadanya dengan air hangat; gosok sungguh-sungguh. Jika dengan begitu dia mau bergerak, maka baiklah dia. Jika tiada juga dia bergerak, hentikan seketika, kemudian mandikan pula dengan air hangat dan cucuk dengan jarum di bawah kakinya; maka bubuh ke dalam mulutnya itu air hangat yang dimasak dengan garam, hingga jadi muntahlah ia, supaya sedar akan dirinya. Sudah itu,beri makan nasi yang dipermasak dengan susu lembu, daging ayam dara, minyak sapi, dan madu. Jangan diberi makanan yang lain daripada itu.
Bab ini ubat orang "gila babi", yang telah banyak jasa­nya. Ambil ayam seekor; sembelih, ambil darahnya. Sudah itu, ambil pula kemenyan sekira-kira patut dengan darah ayam itu; campurkan keduanya. Kemudian buat bara api banyak-banyak dengan tempurung. Bubuhkan ubat itu pada bara api itu, maka rabunkan pada muka orang sakit itu supaya asap itu meliputi pada sekalian tubuhnya. Dengan demikian, nescaya orang sakit itu muntahkan air kuning dan darah mati; menurut kata guru, darah dari dalam jantunglah yang keluar itu. Cara berubat ini diperbuat tiga hari, sambung dengan darah ayam lain pula. Jika orang sakit itu tiada mun­tah lagi, menandakan sudah habislah penyakit itu, insya-Allah taala akan sembuh dan hilanglah penyakit itu. 

Monday 11 November 2013

Fadilat membaca Al quran

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)
"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka  yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah  baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat  Bukhari dan Muslim)
"Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia  akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith  riwayat Muslim)
"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara:  Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya  siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia  menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
"Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka  untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif  adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat  Tarmidzi)
"Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang  disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta  sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang  diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an)  atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas  makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)

Thursday 7 November 2013

Pengertian di sebalik Solat

Dikutip daripada kitab Al jauhar al mauhub wa munabbihat al qulub, karangan As Syeikh 'Ali bin Abdul Rahman Al- Kalantani:
Makna mengangkat dua tangan bagi takbir itu bahawasanya hamba tenggelam di dalam laut kesalahan dan maksiat, maka mengangkat dua tangannya seolah-olah berkata ia " Hai tuhanku! ambil olehMu dengan tanganku, bahawasanya aku tenggelam di dalam laut kesalahan dan ma'siat, lari daripada Engkau kepada Engkau".
dan makna Qira'ah itu Khitab (percakapan) antara hamba dan tuhan.
dan makna ruku' seolah-olah orang sembahyang berkata "aku hamba Engkau dan sesungguhnya menghulur aku akan tanganku kepada engkau"
dan makna bangkit daripada ruku' serta berkata "rabbana lakal hamdu, memuji aku atas dimerdekakan tingkatku daripada dosa. maka kata Tuhan: "Engkau berdosa!" kata hamba: "aku hamba Engkau" dan kata tuhan: " sesungguhnya telah aku merdekakan dikau daripada dosa engkau"
dan makna sujud yang pertama dan menghantarkan dahi atas bumi seolah-olah berkata hamba: "Engkau jadikan daku dari bumi"
dan makna mengangkat daripadanya seolah-olah berkata hamba: "Engkau keluarkan daku daripadanya"
dan makna sujud yang kedua seolah-olah berkata hamba "Engkau kembalikan daku kepadanya". dan makna mengangkat yang kedua seolah-olah berkata hamba: "Engkau keluarkan daku daripadanya pada kali yang lain".
dan makna Salam : "Haii Tuhanku! Beri olehMu akan Kitabku dengan tangan kananku dan jangan tangan kiriku".
Demikianlah pengertian disebalik solat yang dijelaskan oleh As-syeikh Ali bin Abdul Rahman Al- Kalantani. Semoga memberi kita Iktibar dan Pengajaran bagi kita, dan mudah-mudahan Allah memberi kita taufik dan hidayah untuk beramal denganya.. Amiiin

Amalan agar dimurahkan/dilapangkan rezeki

Doa di bawah ini dibaca setiap hari siang dan malam, insya Allah rezeki akan lancar dan dimudahkan mencari pekerjaan.. Amiiin

Jawapan kepada mereka yang mengatakan bacaan yasin pada malam jumaat bid'ah

Artikel ini saya kutip daripada kata-kata Guru Mulia Al habib Munzir Al musawa
Mengenai mereka itu sungguh berada dalam kemungkaran yang nyata, siapapula yang mengeluarkan larangan membaca Alqur’an di malam jum’at..?, boleh Yaasiin atau boleh apapun dari ayat Alqur’an,
Mereka mengatakan tak boleh ada dalil pengkhususan suatu ibadah disuatu hari atau waktu, darimana hukum ini muncul..?, hanya ada pada orang bodoh yang tak mengerti hadits, mereka itu tak tahu hadits, hanya tahu menukil - nukil lalu mengatakan sesat pada orang lain. Berikut riwayat shahih mengenai diperbolehkannya mengada – adakan suatu amal tanpa diperintah oleh Rasul saw :
Diwayatkan bahwa Imam Masjid Quba menambahi bacaan surat Al Ikhlas setelah fatihah, ia selalu selesai fatihah ia membaca surat Al Ikhlas dulu, baru surat lainnya, maka ia telah menyamakan Fatihah dengan surat Al Ikhlas, ia membuat surat Al Ikhlas mesti ada pada setiap rakaatnya. bukankah hal ini tidak pernah diajarkan oleh Rasul saw..?
Maka makmumnya protes, dan ia tetap bersikeras, maka ia dilaporkan pada Rasul saw, maka Rasul saw memanggilnya, dan menanyakan apa sebab perbuatannya itu..?
Maka Imam Masjid Quba itu berkata : aku mencintai surat Al Ikhlas, maka aku tak mau melepasnya pada setiap rakaat.
Maka Rasul saw menjawab : Cintamu pada surat Al Ikhlas akan membuatmu masuk sorga! ( Shahih Bukhari Bab Adzan ).

Berkata Hujjatul islam Al Imam Ibn Hajar Al Asqalaniy dalam kitabnya Fathul Baari Bisyarah Shahih Bukhari mensyarahkan makna hadits ini beliau berkata : “pada riwayat ini menjadi dalil diperbolehkannya mengkhususkan sebagian surat Alqur’an dengan keinginan diri padanya, dan memperbanyaknya dengan kemauan sendiri, dan tidak bisa dikatakan bahwa perbuatan itu telah mengucilkan surat lainnya” ( Fathul Baari Bisyarah Shahih Bukhari Juz 3 hal 150 Bab Adzan ).Jelaslah sudah kebodohan mereka akan ilmu hadits, bahwa Rasul saw tak pernah melarang seseorang mengkhususkan Alqur’an atau lainnya dari beragam ibadah untuk dibaca disuatu waktu atau tempat, bahkan jika hal itu karena cintanya pada ibadah itu maka itu akan membuatnya masuk sorga, demikian kabar gembira dari Rasulullah saw. Wallahu a’lam.