Fasal ini pada menyatakan ubat meroyan, yakni
penyakit yang biasanya menjadi hidapan perempuan selepas beranak. Adapun
meroyan itu ada enam jenisnya; Pertama meroyan darah; kedua meroyan besar, ketiga
meroyan gila; keempat meroyan sesak; kelima merayan angin dan yang keenam
meroyan tahi namanya. Maka hendaklah dikenali satusatunya itu baik-baik.
Bab ubat meroyan. Ambil daun nyarang, kembas dan
mayang pinang yang muda; sekaliannya itu ramas, ambil airnya, bubuh ke dalam
buyung tujuh biji. Kemudian bubuh tanah kira-kira sebesar jari manis, bubuhkan
ke dalam buyung itu semuanya. Apabila malam jagai baik-baik. Pagi-pagi
mandikan. Demikian perbuat barang tiga hari atau tujuh hari.
Bab ubat meroyan. Ambil daun bermi, ujung melukut,
dan mata kunyit; pipis, tempelkan pada perutnya.
Bab ubat meroyan. Ambil akar betung dan buah pala
diasah. Kemudian bakar sebatang besi, bila sudah merah, cucuhkan ke dalam ubat
itu, beri minum.
Bab ubat meroyan. Ambil temu serba temu, daun
gorek, jintan kedua, dan bonglai sedikit; giling lumat-lumat, suruh telan.
Bab ubat meroyan. Ambil kulit mengkudu dan daunnya, kulit melada dan
daunnya, akar gandarusa dan daunnya, cekur dan jerangau; sekalian ramuan ubat
itu pipis, kemudian semburkanBab ubat meroyan seluruh tubuh. Ambil akar remunggai,
biji sesawi dan bawang putih, pipis, akan airnya cuka masam; lumurkan di serata
tubuhnya.
Bab ubat meroyan, Ambil daun dedap segenggam erat,
dan daun cekur segenggam erat; ikat dengan benang panca warna. Kemudian rebus,
mandikan.
Bab ubat meroyan. Ambil limau mata kerbau yang
masak; ramas, ambil airnya. Kemudian bubuh minyak lenga dan sambar dara; tumbuk
ambil airnya, campurkan dengan air limau itu, beri minum.
Bab ubat meroyan, Ambil ubi bira.-h; asah.
Kemudian jaramkan di serata tubuhnya.
Bab ubat meroyan besar. Ambil daun keluduk gajah
segenggam erat, ujung melukut dan mata kunyit, pipis lumatlumat. Kemudian
keringkan airnya itu. Ambil hampasnya, bedakkan di serata tubuhnya.
Bab ubat me royan jerih. Ambil daun benalu gajah;
semburkan dengan sirih pinang pada ulu hatinya dan bubuhkan juga jintan hitam.
Bab ubat meroyan yang bergumpal di dalam perutnya.
Ambil daun menjarum putih, akar tapak leman, dan akar pekan taruk hitam; pipis
lumat-lumat, beri minum.
Bab ubat meroyan yang bergumpal di dalam perutnya.
Ambil daun menjarum putih, akar tapak leman, akar pekan yang hitam taruknya,
bonglai, cekur, ibu kunyit, ganti, me sui, bawang merah, jintan hitam;
sekaliannya itu tanak, beri minum airnya.
Bab ubat me royan darah. Ambil cendana dikikir,
dan halia direndang; campurkan dengan madu, beri makan.
Bab ubat meroyan gatal. Ambil daun benalu besar,
ujung melukut, mata kunyit; giling lumat-lumat, bedakkan di serata tubuhnya.
Bab ubat meroyan gatal mata. Ambil pucuk m anj alaka
dan garam jantan, diwapkan pada periuk nasi. Kemudian embunkan; perahkan pada
mata itu.
Bab ubat meroyan sakit mata. Ambil kulit manjalaka
dan ibu kunyit di bembam, titikkan airnya di mata itu.
Bab ubat meroyan yang menyenak. Ambil daun
pedendang, daun bunga raya, dan jintan hitam; giling lumat-lumat, beri minum.
Bab ubat serba atau apa jua jenis meroyan. Ambil
jeranggau, bawang merah, hempedu landak dan mata kunyit; pipis lumat-lumat, bubuh
air bermalam, beri minum, mana lebihnya sapukan pada perutnya.
Bab ubat meroyan dahaga air. Ambil daun rokam yang
putih pucuknya, ujung melukut dan mata kunyit; giling lumat-lumat, ramas dengan
nyiur lemba, beri minum.
Bab ubat meroyan dahaga air. Ambil daun pedendang
segenggam erat, bahagi dua Setengah bahagian itu giling dengan ujung melukut
dan pucuk tampam, beri minum.
Bab ubat meroyan menyesak ke hati. Ambil kulit
dedap, biji sesawi, cekur, rebung buluh aur, pipis. Kemudian dilempeng
kira-kira sebesar bata. Sudah itu, belah dua; bahagian sebelah kirinya
buangkan. Ambil bahagian yang disebelah kanannya, hangatkan pada tembikar.
Setelah hangat, tempelkan pada ari-arinya
Bab ubat meroyan berbutir bengkak. Ambil daun
badam, daun cengkering, daun timbun tahi dan bonglai, mamah dan semburkan.
Bab ubat meroyan bengkak. Ambil putik limau purut
sembilan biji, beras dan bonglai; giling bedakkan.
Bab ubat bengkak meroyan. Ambil daun lenggundi dan
daun tetulang; tumbuk, ambil patinya, beri minum; hampasnya bedakkan.
Bab ubat meroyan batu yang rengat peranakan. Ambil
terung perat dan halia; tumbuk ambil patinya, beri minum; hampasnya bedakkan.
Bab ubat meroyan batu. Ambil daun rokam gajah,
daun pekan yang hitam dan cabai; sekalian itu giling lumat-lumat, ambil patinya
beri minum; hampasnya bedakkan pada perutnya
Bab ubat meroyan batu. Ambil daun bunga raya
putih, taruk gandasuli, bawang merah dan airnya cuka; pipis sekaliannya
Kemudian pais dan telan.
Bab ubat me royan angin. Ambil daun pekan yang hitam
taruknya segenggam erat, bubuh beras kunyit dan jintan hitam; giling
lumat-lumat, kemudian perah, ambil airnya, minum tiga pagi; hampasnya bedakkan.