Tuesday, 4 November 2014

mempengaruhi pikiran orang dari jarak jauh


Telepati adalah salah satu bahagian dalam bidang metafizik dan juga kuasa minda bawah sedar. saya ingin berkongsi satu teknik yang selalu saya gunakan apabila saya ingin mempengaruhi pikiran orang dari jarak jauh. teknik nie sebenarnya rahsiah tapi saya suka kalau dapat ajarkan pada orang lain.
telepati ini sebaiknya dilakukan 5 minit sebelum anda tertidur kerana saat itu minda anda dalam keadaan alfa. paling baik bawa sekali gambar orang yang anda ingin pengaruhi bagi membantu visualisasi anda. konsepnya mudah sahaja, saat minda anda pada tahap alfa, anda terhubung dengan minda bawah sedar orang lain. ingat baik-baik kata kunci ini sekali lagi.. saat minda anda pada tahap alfa, minda anda terhubung dengan minda bawah sedar orang lain. praktiknya mudah sahaja.
  1. 5 minit sebelum anda tertidur, cuba relakskan minda anda. jangan tertekan dengan situasi "mahu mempengaruhi minda orang lain". fokus, "saya ingin menikmati imaginasi saya". please ambil perhatian ini. mungkin anda berfikir, imaginasi anda adalah sekadar bayangan namun sebenarnya lebih dari itu. bila anda berimaginasi anda sebenarnya menghantar maklumat ke minda bawah sedar orang lain secara tidak sedar. kalau dalam ilmu metafizik, imaginasi dapat dikaitkan dengan penggambaran metafizik.
  2. setelah relaks dan minda anda sudah dalam keadaan tahap alfa, imaginasikan orang yang hendak kita pengaruhi. kalau anda inginkan dia mencintai anda, gambarkan dia mencintai anda dan "rasakan" perasaan cinta dia kepada anda. kuncinya, gambarkan sejelas-jelasnya apa yang anda ingin dia menjadi dan rasakan perkara itu telah terjadi
  3. ulangi setiap hari. insya allah mujarab sahabat. saya dah banyak kali cuba. kita juga boleh katakan ini sebagai hukum tarikan.
okey, setakat itu perkongsian saya.. teruskan kebahagian hidup anda dan capai impian anda.

No comments:

Post a Comment