Tuesday 23 August 2016

teknik melembutkan hati seseorang (dr catatan pengalaman metafizik saya)



Teknik melembutkan hati seseorang

Siapapun dalam dunia ini ingin disayangi dan dikasihi. Apabila ada seseorang yang membenci kita, pasti kita akan merasa tidak nyaman kerana sering terfikir tentang orang yang membenci kita. Di sini saya ingin memberi solusi teknik kuasa minda bawah sedar agar orang yang membenci kita kembali mengasihi diri kita.  Asal saja kesalahan yang kita perbuat itu tidak melampaui batas, insya allah.

Tatacaranya
1)Duduk relaks atau tidur dalam keadaan santai sambil tutup mata.
2)Masuk dalam kondisi minda alfa (kira dari 100-1 | berzikir asma allah)
3)Nikmati ketenangan beberapa ketika.
4)Bayangkan orang yang membenci kita.
5)Kalau sudah jelas, lenyapkan dia daripada dunia ini. Mulai dari kaki hinggalah hujung rambut.
6)Kemudian munculkan dia kembali ke dunia seperti yang kita inginkan. Contohnya munculkan dia dalam keadaan mencintai anda, mengasihi anda dan menyayangi anda.
7)Katakan kepadanya, “terima kasih kerana menyayangiku selama ini”. Jangan pernah fikir dalam visualisasi ini dia pernah membenci anda. Hanya bayangkan dan rasakan dia tidak pernah membenci anda. Dan selama ini sebenarnya dia menyayangi anda.
8)Nikmati keadaan tersebut. Rasakan bahagia di dalam dada.
9)Lupakan dan lepaskan semua yang terjadi dalam visualisasi anda kerana anda sudah merasakan perkara tersebut sudah terjadi.
10)Dan yang terakhir, teruskan hidup anda hehe…

#catatan

Semua manusia didunia ini sebenarnya berkongsi hanya satu minda bawah sedar sahaja sebab ruh kita ini sebenarnya hanya satu. Apa yang kita fikir ‘ada’ ,orang lain akan fikir ‘ada’. Jika kita fikir ‘tiada’, orang lain fikir benda/perkara tersebut ‘tiada. Maksudnya, kalau kita fikir seseorang itu benci kita, yang timbul di fikirannya ialah membenci kita. Begitu juga dengan perasaan sayang.

No comments:

Post a Comment