Thursday, 21 November 2013

Ubat penyakit Meroyan

Ubat Penyakit Meroyan ini diambil daripada kitab tib ubat karangan Muhammad Salleh ibni Ahmad Penambang..
Fasal ini pada menyatakan ubat meroyan, yakni penya­kit yang biasanya menjadi hidapan perempuan selepas be­ranak. Adapun meroyan itu ada enam jenisnya; Pertama me­royan darah; kedua meroyan besar, ketiga meroyan gila; ke­empat meroyan sesak; kelima merayan angin dan yang ke­enam meroyan tahi namanya. Maka hendaklah dikenali satu­satunya itu baik-baik.
Bab ubat meroyan. Ambil daun nyarang, kembas dan mayang pinang yang muda; sekaliannya itu ramas, ambil airnya, bubuh ke dalam buyung tujuh biji. Kemudian bubuh tanah kira-kira sebesar jari manis, bubuhkan ke dalam buyung itu semuanya. Apabila malam jagai baik-baik. Pagi-pagi mandikan. Demikian perbuat barang tiga hari atau tujuh hari.
Bab ubat meroyan. Ambil daun bermi, ujung melukut, dan mata kunyit; pipis, tempelkan pada perutnya.
Bab ubat meroyan. Ambil akar betung dan buah pala diasah. Kemudian bakar sebatang besi, bila sudah merah, cucuhkan ke dalam ubat itu, beri minum.
Bab ubat meroyan. Ambil temu serba temu, daun gorek, jintan kedua, dan bonglai sedikit; giling lumat-lumat, suruh telan.
Bab ubat meroyan. Ambil kulit mengkudu dan daunnya, kulit melada dan daunnya, akar gandarusa dan daunnya, cekur dan jerangau; sekalian ramuan ubat itu pipis, kemu­dian semburkanBab ubat meroyan seluruh tubuh. Ambil akar remung­gai, biji sesawi dan bawang putih, pipis, akan airnya cuka masam; lumurkan di serata tubuhnya.
Bab ubat meroyan, Ambil daun dedap segenggam erat, dan daun cekur segenggam erat; ikat dengan benang panca warna. Kemudian rebus, mandikan.
Bab ubat meroyan. Ambil limau mata kerbau yang masak; ramas, ambil airnya. Kemudian bubuh minyak lenga dan sambar dara; tumbuk ambil airnya, campurkan dengan air limau itu, beri minum.
Bab ubat meroyan, Ambil ubi bira.-h; asah. Kemudian jaramkan di serata tubuhnya.
Bab ubat meroyan besar. Ambil daun keluduk gajah se­genggam erat, ujung melukut dan mata kunyit, pipis lumat­lumat. Kemudian keringkan airnya itu. Ambil hampasnya, bedakkan di serata tubuhnya.
Bab ubat me royan jerih. Ambil daun benalu gajah; sem­burkan dengan sirih pinang pada ulu hatinya dan bubuhkan juga jintan hitam.
Bab ubat meroyan yang bergumpal di dalam perutnya. Ambil daun menjarum putih, akar tapak leman, dan akar pekan taruk hitam; pipis lumat-lumat, beri minum.
Bab ubat meroyan yang bergumpal di dalam perutnya. Ambil daun menjarum putih, akar tapak leman, akar pekan yang hitam taruknya, bonglai, cekur, ibu kunyit, ganti, me sui, bawang merah, jintan hitam; sekaliannya itu tanak, beri minum airnya.
Bab ubat me royan darah. Ambil cendana dikikir, dan halia direndang; campurkan dengan madu, beri makan.
Bab ubat meroyan gatal. Ambil daun benalu besar, ujung melukut, mata kunyit; giling lumat-lumat, bedakkan di serata tubuhnya.
Bab ubat meroyan gatal mata. Ambil pucuk m anj a­laka dan garam jantan, diwapkan pada periuk nasi. Kemu­dian embunkan; perahkan pada mata itu.
Bab ubat meroyan sakit mata. Ambil kulit manjalaka dan ibu kunyit di bembam, titikkan airnya di mata itu.
Bab ubat meroyan yang menyenak. Ambil daun pedendang, daun bunga raya, dan jintan hitam; giling lumat-lumat, beri minum.
Bab ubat serba atau apa jua jenis meroyan. Ambil jeranggau, bawang merah, hempedu landak dan mata kunyit; pipis lumat-lumat, bubuh air bermalam, beri minum, mana lebihnya sapukan pada perutnya.
Bab ubat meroyan dahaga air. Ambil daun rokam yang putih pucuknya, ujung melukut dan mata kunyit; giling lumat-lumat, ramas dengan nyiur lemba, beri minum.
Bab ubat meroyan dahaga air. Ambil daun pedendang segenggam erat, bahagi dua Setengah bahagian itu giling dengan ujung melukut dan pucuk tampam, beri minum.
Bab ubat meroyan menyesak ke hati. Ambil kulit dedap, biji sesawi, cekur, rebung buluh aur, pipis. Kemu­dian dilempeng kira-kira sebesar bata. Sudah itu, belah dua; bahagian sebelah kirinya buangkan. Ambil bahagian yang disebelah kanannya, hangatkan pada tembikar. Setelah hangat, tempelkan pada ari-arinya
Bab ubat meroyan berbutir bengkak. Ambil daun badam, daun cengkering, daun timbun tahi dan bonglai, mamah dan semburkan.
Bab ubat meroyan bengkak. Ambil putik limau purut sembilan biji, beras dan bonglai; giling bedakkan.
Bab ubat bengkak meroyan. Ambil daun lenggundi dan daun tetulang; tumbuk, ambil patinya, beri minum; hampas­nya bedakkan.
Bab ubat meroyan batu yang rengat peranakan. Ambil terung perat dan halia; tumbuk ambil patinya, beri minum; hampasnya bedakkan.
Bab ubat meroyan batu. Ambil daun rokam gajah, daun pekan yang hitam dan cabai; sekalian itu giling lumat-lumat, ambil patinya beri minum; hampasnya bedakkan pada perut­nya
Bab ubat meroyan batu. Ambil daun bunga raya putih, taruk gandasuli, bawang merah dan airnya cuka; pipis se­kaliannya Kemudian pais dan telan.
Bab ubat me royan angin. Ambil daun pekan yang hitam taruknya segenggam erat, bubuh beras kunyit dan jintan hitam; giling lumat-lumat, kemudian perah, ambil airnya, minum tiga pagi; hampasnya bedakkan.
 Bab ubat meroyan angin. Ambil daun cengkian, bonglai, lada dan kapur batu; sekalian itu giling lumat-lumat, tempel­kan pada tapak kakinya. Kemudian tuam dengan tungku hangat barang tiga malam.


No comments:

Post a Comment